Raya Haji dahpun berlalu lebih 1 minggu. Tapi tengok dalam "freezer" tu, masih ada lagi daging qurban. Bilalah nak memasaknya. Ataupun mungkin tengah fikirkan menu apa yang paling sesuai.
Nah... sementara itu, ketahuilah dulu petua memasak daging berikut supaya ia lebih sedap dan menyelerakan nanti. Barulah ada ummpphhh...
1. Elakkan daripada terus memasak daging yang baru saja dikeluarkan dari tempat sejuk beku @ freezer.
Sekiranya kita degil terus memasaknya juga, pasti ada sesetengah bahagian daging yang tidak masak sepenuhnya.
Sebaik-baiknya, keluarkan ia lebih awal sekiranya kita dah ada pelan nak memasaknya. Rancanglah dengan sebaik mungkin yea.
Kalau terlupa, apa salahnya minta bantuan salah seorang ahli keluarga keluarkannya. Ataupun sekurang-kurangnya dia boleh tolong ingatkan.
2. Sebelum memasak, gaulkan setiap pelusuk bahagian daging dengan serbuk perasa (campuran bawang merah, cili kering & halia yang telah dikisar, garam, kunyit dll ikut resepi anda) hingga sebati.
Kemudian, perapkan daging tersebut dalam 30 minit @ 1/2 jam. Kalau nak sedap, peraplah semalaman. Ia pasti lebih "mesra".
3. Selepas memasak ataupun menggoreng sebarang jenis resipi daging, biarkannya tanpa dipotong sekitar 3 - 5 minit.
Tujuannya agar rasa dan nutrien daging tersebut benar-benar sebati.
4. Selepas daging tersebut siap dimasak, eloklah ditoskan dulu minyaknya. Elak daripada pakai suratkhabar sebagai alat atau tempat mengetos. Kandungan karbon yang ada padanya tu hanya akan membahayakan kesihatan kita.
Tujuan "toskan" daging adalah supaya minyak berlebihan tidak "turut serta"
4 petua masakan di atas hanyalah petua yang kebanyakan anda dahpun sedia maklum. Terutamanya bagi yang dah berpengalaman ataupun yang memang rajin ke dapur.
Jadi, kalau ada sebarang petua lain yang ingin dikongsi, saya amatlah mengalu-alukannya. Anda boleh kongsikannya pada bahagian "ulasan" @ komen yea. ;)
Saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Posted by R2blog. R2blog auto post for blogspot. Download at http://R2blogger.blogspot.com
No comments:
Post a Comment