Tuesday, July 19, 2011

PETUA MENGUBATI GUSI BERDARAH

 
POKOK BACANG
Melalui info ini, penyakit gusi boleh terjadi seawal peringkat kanak-kanak lagi. Selari dengan peningkatan usia anda, ia boleh jadi semakin teruk. Penyebab utamanya adalah bakteria dalam plak yang menghasilkan toksin.
Proses tersebut akhirnya mengakibatkan gusi anda bengkak, merah dan mudah berdarah. Hal ini juga dikatakan ada kaitannya dengan;
a. Mulut kering.
b. Kurang menjaga kebersihan mulut.
c. Diabetes.
d. Tabiat merokok.
e. Perubahan hormon (contohnya: saat sedang meningkat remaja atau ketika mengandung).

Sehubungan itu, sekiranya anda mengalami masalah gusi berdarah, berikut adalah petua mengubatinya:
1. Ambil beberapa helai daun bacang (daun machang) dan bersihkan ia.
Kemudian, anda masukkanlah daun bacang tadi ke dalam periuk yang dah diisi dengan air.
3. Kemudian, masukkan pula beberapa helai daun inai yang bersih ke dalam periuk yang sama.
4. Seterusnya, rebuskan kesemua daun tadi hingga mendidih.
5. Setelah air rebusan tadi mendidih, masukkan sedikit asam gelugor dan garam secukup rasa.
6. Suamkan sedikit air rebusan di atas terlebih dahulu ke dalam gelas.
7. Selepas itu, masukkan air tadi ke dalam mulut, biarkannya lebih kurang dalam 3 minit dan anda berkumur-kumurlah dengannya.
Lakukan petua ini 2 kali sehari iaitu sekali pagi dan sekali pada waktu malam. Amalkan sehingga 3 hari berturut-turut.

Saturday, December 19, 2009

Friday, December 18, 2009

Petua Diet Yang Sihat

Potong buah-buahan yang anda gemari dalam potongan kecil bagi menggantikan snek yang tidak sihat.
Sekiranya anda pengemar roti, pilihlah roti jenis “wholegrain”.
Hindari makanan yang mengandungi lemak lebih dari 10%. Baca dahulu pada label makanan mengenai kandungannya.
Pilihlah mentega yang kurang lemak.
Catat semua makanan yang anda makan selama dua minggu. Percayalah anda akan terkejut!!
Cari rakan untuk sama-sama berdiet

Turunkan Berat Dengan Ketawa

WASHINGTON : Ketawa bukan hanya berfungsi sebagai penawar kesakitan tetapi turut berkesan mengurangkan berat badan kerana ia berupaya membakar sehingga 2.2 kilogram lemak setahun, kata saintis.

Sementara ketawa bersungguh-sungguh menggunakan tenaga sama untuk berjalan lebih 0.8 kilometer.

Ia didapati satu rangsangan menyebabkan banyak otot bergerak dan turut membantu jantung berdegup lebih laju.

Dr Maciej Buchowski, dari Universiti Vanderbilt

Tuesday, December 15, 2009

TERANG MATA

TERANG MATA
Untuk menjaga mata agar sentiasa dapat melihat dengan baik hingga ke tua (berumur), kita boleh amalkan membaca Surah 4 Kul ketika membasuh muka selepas bangun daripada tidur sambil berniat kepada-Nya agar diterangkan mata.
Surah-surah 4 Kul tersebut adalah Surah Nas, Surah Falaq, Surah Ikhlaas dan Surah Kafiroon.
Insyaallah, mata anda akan sentiasa terang walaupun ketika malam.
Tips tambahan: Amalkan juga makanan yang membekalkan vitamin A iaitu untuk kesihatan mata khususnya buah-buahan seperti Betik amnya.

Flickr

This is a test post from flickr, a fancy photo sharing thing.

Monday, December 14, 2009

Tumit Kaki Merekah

Tumit kaki yang merekah mencacatkan penampilan seseorang khususnya wanita. Untuk menghilangkan kesan merekah itu, ikuti petua ini.
Ambil sebiji limau purut, kemudian hiris dan gosokkan di tapak kaki setiap pagi sebelum mandi. Amalkan petua ini dengan konsisten, kulit anda pasti tidak merekah lagi