Saturday, December 19, 2009
Friday, December 18, 2009
Petua Diet Yang Sihat
Potong buah-buahan yang anda gemari dalam potongan kecil bagi menggantikan snek yang tidak sihat.
Sekiranya anda pengemar roti, pilihlah roti jenis “wholegrain”.
Hindari makanan yang mengandungi lemak lebih dari 10%. Baca dahulu pada label makanan mengenai kandungannya.
Pilihlah mentega yang kurang lemak.
Catat semua makanan yang anda makan selama dua minggu. Percayalah anda akan terkejut!!
Cari rakan untuk sama-sama berdiet

Turunkan Berat Dengan Ketawa
WASHINGTON : Ketawa bukan hanya berfungsi sebagai penawar kesakitan tetapi turut berkesan mengurangkan berat badan kerana ia berupaya membakar sehingga 2.2 kilogram lemak setahun, kata saintis.
Sementara ketawa bersungguh-sungguh menggunakan tenaga sama untuk berjalan lebih 0.8 kilometer.
Ia didapati satu rangsangan menyebabkan banyak otot bergerak dan turut membantu jantung berdegup lebih laju.
Dr Maciej Buchowski, dari Universiti Vanderbilt

Tuesday, December 15, 2009
TERANG MATA
TERANG MATA
Untuk menjaga mata agar sentiasa dapat melihat dengan baik hingga ke tua (berumur), kita boleh amalkan membaca Surah 4 Kul ketika membasuh muka selepas bangun daripada tidur sambil berniat kepada-Nya agar diterangkan mata.
Surah-surah 4 Kul tersebut adalah Surah Nas, Surah Falaq, Surah Ikhlaas dan Surah Kafiroon.
Insyaallah, mata anda akan sentiasa terang walaupun ketika malam.
Tips tambahan: Amalkan juga makanan yang membekalkan vitamin A iaitu untuk kesihatan mata khususnya buah-buahan seperti Betik amnya.

Monday, December 14, 2009
Tumit Kaki Merekah
Tumit kaki yang merekah mencacatkan penampilan seseorang khususnya wanita. Untuk menghilangkan kesan merekah itu, ikuti petua ini.
Ambil sebiji limau purut, kemudian hiris dan gosokkan di tapak kaki setiap pagi sebelum mandi. Amalkan petua ini dengan konsisten, kulit anda pasti tidak merekah lagi

Saturday, December 12, 2009
Tegangkan Payu Dara
Terdapat pelbagai petua traditional untuk membantu mengembalikan ketegangan dan keanjalan payu dara. Mungkin hasilnya tidak drastik namun sekurang-kurangnya penampilan nampak lebih yakin dan menarik. Antara petua-petuanya ialah
1. Labu
Kupas sebiji labu dan masak sehingga empuk/lembik. Ramas labu itu ketika masih suam. Kemudian sapukan pada keseluruhan payu dara. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas. Lakukan petua ini sebanyak dua kali seminggu.
2. Daun Sirih
Ia mempunyai peranan penting dalam menganjalkan payu dara. Sediakan beberapa helai daun sirih. Layurkan di atas api dan angkat setelah agak-agak panas. Hati-hati supaya daun sirih tidak terbakar. Kemudian tekapkan kepada payu dara. Bentukkan ia seperti cawan kopi tetapi tidak menutup puting. lakukan langkah yang sama terhadap payu dara satu lagi. Selepas itu, pakai coli seperti biasa dan biarkan sehingga 2 atau 3 jam. Jika mahu, amalkan petua ini setiap hari.
3. Urutan
Selain itu, wanita juga boleh memilih urutan bagi mendapatkan payu dara yang diingini. urutan dengan mengelilingi payu dara dikatakan dapat mengurangkan rasa sakit dan denyutan apabila ia mengeras.
4. Senaman Payu Dara
Caranya mudah dan tidak mengambil masa yang lama, iaitu dengan menegakkan badan dan genggam kedua-dua tapak tangan. Tolak ke arah berlawanan dan lakukan selama 10 hingga 20 minit mengikut kemampuan.

Subscribe to:
Posts (Atom)