Monday, August 6, 2012

3 Cara Mengubati Demam Campak Secara Tradisional



Ramai ke yang kena demam campak? Saya pun kurang pasti. Tapi ramai rakan-rakan kita yang mencari cara tradisional untuk mengubati demam campak. Tak kurang juga yang nak hilangkan bintik-bintik merah akibat campak




Kalau kita tak pasti sama ada mengalami demam campak atau tak, berikut adalah tanda-tandanya; 




~ demam dan selesema



~ suhu badan meningkat secara berterusan




~ sakit tekak



~ mata agak kemerahan dan berair




~ bagi kanak-kanak, mereka hilang selera makan dan minum (kesiann...) 




Bila dah benar-benar pasti kena demam campak, kita perlulah elakkan daripada;



~ mandi



~ kena air hujan




~ menghidu minyak yang ditumis



~ memakai baju ketika cuaca panas



~ bergaul dengan kanak-kanak lain kerana ia akan berjangkit





Ini dia 3 cara tradisional menghilangkan demam campak yang boleh kita cuba;







Cara #1 




Minum air kelapa muda dan makan makanan yang berebus ketika anda mengalaminya hinggalah sembuh. 








Kelapa Muda Ubat Demam Campak


Kelapa muda -rajakelapa.com





Cara #2




i. Ambil beberapa helai daun gemilang.



ii. Kisarkan daun gemilang dengan sedikit air.




iii. Tapiskan jus daun gemilang ke dalam gelas.




iv. Minumlah jus tersebut.




v. Manakala lebihan jus yang ada di dalam tapis tadi dicampurkan dengan bedak sejuk. 



vi. Kemudian, sapukannya pada bintik-bintik campak.




Amalkan selama 3 hari berturut-turut dan demam serta bintik-bintik campak akan hilang dengan diizin-Nya. 




*** Saya tak dapat sertakan daun gemilang kerana tak menjumpai sebarang imej berkaitan. Harap maklum. 





Cara #3 



i. Ambil beberapa helai daun jambu batu dan tumbuk lumat.



ii. Campurkan dengan bedak sejuk jenis cecair.




iii. Jikalau gunakan bedak sejuk yang ketul, tumbuk sekali kedua-duanya sampai lumat. 



iv. Sapukan pada bintik-bintik campak.



v. Ulangi langkah di atas setiap hari.




vi. Apabila bintik bintik merah hampir tidak kelihatan, barulah mandi dengan air yang mengandungi beberapa helai daun jambu yang telah diramas. 




Begitulah 3 cara tradisional menghilangkan demam campak serta bintik-bintik merah yang boleh kita cuba. Mudah-mudahan ia lekas pulih dan kulit pun tidak berbintik-bintik lagi. 




Posted by R2blog. R2blog auto post for blogspot. Download at http://R2blogger.blogspot.com

Cara Hilangkan Kutu Air Di Celah Jari





Ada rasa gatal-gatal di celah jari? Tak kisahlah sama ada celah jari tangan ataupun kaki. Cuba belek celah-celah jari tu kejap..
Manalah tahu entah-entah ada kutu air ke. Kalau ada, saya nak kongsi petua hilangkan kutu air tu. 




Tapi sebelum tu, kita perlukan cuka dan kapas. Kalau nak gunakan kapas muka pun boleh. Tiada masalah. Mudah, kan?








gambar cuka untuk kutu air


Cuka - myorbitcafe.com





kapas muka untuk hilangkan kutu air


Kapas Muka






Caranya;



1. Tuangkan cuka pada kadar yang berpatutan pada kapas.



2. Sapukan pada kutu air sama ada di celah jari tangan ataupun kaki.




Ulangi kaedah ini sehinggalah kutu air dapat dihilangkan 100%. Untuk pengetahuan semua, cuka tidaklah pedih. Jadi, anda tak perlulah risau yea. 





Selamat mencuba!






P.S: Petua lain untuk hilangkan kutu air boleh dicuba ~ Petua Mengubati Kutu Air 




Posted by R2blog. R2blog auto post for blogspot. Download at http://R2blogger.blogspot.com

Petua Tegangkan Kulit Muka Dengan Lidah Buaya

Pada saat ini, kita yang bakal menyambut Syawal memang tengah dalam mood "Raya", kan? Jadi, petua ini ringkas aja. Bagi yang nak menegangkan kulit muka, mungkin masih sempat lagi kalau nak buat.


Bila usia mencecah 30-an, garis-garis halus serta kedutan di muka mulalah kelihatan. Bagi melindungi kulit muka secara berterusan, gunakanlah daun lidah buaya. Ia berfungsi merawat, mengubat serta menegangkan kulit muka kita.


Oleh itu, jom kita praktikkan petua tegangkan kulit muka dengan daun lidah buaya yang telah diakui berkesan sejak zaman Mesir Kuno lagi. 




Cara mengamalkannya;



1. Ambil 1 helai daun lidah buaya dan belah dua.





daun lidah buaya dibelah dua
Daun lidah buaya - aloelf.com


2. Sapukan lendir daun lidah buaya pada keseluruhan bahagian muka dan leher.


3. Biarkan ia lebih kurang dalam 20 minit.



4. Setelah itu, basahkan sehelai kain bersih dengan air suam dan lapkan pada muka dan leher.


5. Kemudian, basahkan sehelai kain bersih dengan air sejuk dan lap pada muka dan leher.




Dah. Itu saja yang perlu kita buat. Saya percaya jika kita ada menanam pokok lidah buaya di rumah mahupun di kampung masih sempat nak melakukannya. 


Pagi Syawal esok kulit kita boleh nampak lebih segar walaupun agak penat membuat persiapan menyambut hari kemenangan. =D


Akhir kata, saya dengan rasa rendah diri menyusun 10 jari memohon ampun & maaf zahir batin kepada semua yang sudi mengunjungi blog petua sejagat. Sekiranya ada terkurang pada mana-mana bahagian harap dapat dihalalkan yea. Sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa yang banyak kelemahan dan kekurangan.


Posted by R2blog. R2blog auto post for blogspot. Download at http://R2blogger.blogspot.com

Petua Rambut Sihat Dengan Kacang Soya

Rambut yang cantik dan sihat boleh kita miliki sekiranya ia memperoleh sumber protein yang mencukupi. Macam mana nak dapatkan protein tu? Senang saja. Iaitu melalui kacang soya. =D


Kandungan protein dalam kacang soya mampu menyihatkan serta melembutkan rambut kita. Itulah caranya. Hehe... Tapi ada syaratnya tau. Ia perlu dibuat setiap hari supaya dapat mempertahankan kecantikan dan kesihatan rambut agar sentiasa subur dan bersinar.




Sehubungan itu, saya nak kongsikanlah satu petua rambut sihat yang berkaitan dengan anda. Mari kita lihat dulu bahan yang diperlukan;


~ 1 sudu makan krim kacang soya





Krim Kacang Soya
Krim kacang soya - halalstock.com




~ 1 cawan air panas




Cara membuatnya;



1. Satukan krim kacang soya dan air panas dalam satu bekas.



2. Kacau keduanya sampai sebati.



3. Sekarang, syampu rambut anda dengan syampu yang biasa dipakai.



4. Kemudian, basuh rambut yang telah disyampu dengan air krim kacang soya tadi.



5. Biarkan ia kira-kira 10 minit.



6. Akhir sekali, barulah bilaskan rambut dengan air bersih.





Sekali lagi, saya ingatkan bahawa petua ini perlu dilakukan setiap hari. Setelah berpuashati dengan hasil yang diperolehi, barulah dijarakkan penggunaannya. Contohnya seminggu sekali atau dua minggu sekali ke. Apa yang penting ialah anda terus mengamalkannya.


Selamat mencuba yea.


Posted by R2blog. R2blog auto post for blogspot. Download at http://R2blogger.blogspot.com

Ramuan Topeng Muka Kombinasi Kulit Kering dan Normal

Bagi kita yang memiliki kombinasi kulit kering dan normal, tentu tertanya-tanya ada tak ramuan topeng muka yang sesuai? Ah-ha, sebab itulah saya buat entri ni. Khas untuk si pemilik kulit kering + kulit normal. Bolehlah mencubanya sebelum raya ni, kan?


Ramuan yang diperlukan adalah;



~ 1 biji pisang



topeng muka daripada pisang dan madu lebah
Pisang dan madu lebah - greenparenthood.com


~ 1 sudu makan madu lebah



~ 1 sudu makan sos masam




Cara menyediakannya;



1. Lenyek pisang dalam sebuah bekas.



2. Curahkan madu lebah dan sos masam ke atas pisang.



3. Gaulkannya hingga sebati.



4. Sapukan pada keseluruhan muka.



5. Biarkan dalam 30 minit.



Topeng Muka Berasaskan Pisang
Topeng muka daripada pisang


6. Akhir sekali, bilas muka dengan air suam hingga benar-benar bersih.



Sama seperti topeng muka yang lain, amalkan pemakaiannya sebulan sekali. Jangan lupa juga lakukannya secara teratur yea.




Selamat Mencuba!


Posted by R2blog. R2blog auto post for blogspot. Download at http://R2blogger.blogspot.com

Minyak Gamat Mampu Hilangkan Jerawat

Jika anda ke Langkawi, minyak gamat merupakan salah satu barang yang wajib dibeli. Bukannya apa, kegunaan minyak gamat ni banyak. Kalau anda lihat pada botol, ada tertulis beberapa khasiatnya seperti;


- Melegakan luka kecil



- Lenguh-lenguh sendi



- Gatal-gatal ringan



- Kembung perut


Kegunaan Minyak Gamat Hilangkan Jerawat




Anda cuma perlu sapu dan gosokkan minyak gamat tersebut pada bahagian yang sakit. Lakukan sebanyak 3 kali sehari. Mudah, bukan?


Tetapi apa yang lebih penting, saya nak kongsikan pengalaman peribadi mengenai keberkesanan minyak gamat yang anda patut tahu. Iaitu;


- Ia boleh surutkan jerawat seterusnya menghilangkan jerawat



- Ia boleh menghilangkan kesan kemerah-merahan di muka



- Ia boleh menghilangkan kesan parut kecil yang masih baru




Pertamanya, dulu muka saya agak kerap ditumbuhi jerawat kecil ataupun jerawat biasa. Walaupun sentiasa amalkan rutin penjagaan muka yang sepatutnya, keadaannya tetap sama.


Saya pun naik hairan. Pelik. Apa lagi yang tak kena nih? Tanya saya pada diri sendiri.


Fikir punya fikir, saya pun nekad untuk sapu minyak gamat ke seluruh muka. Saya amalkan dalam 3 malam berturut-turut sebelum tidur. Alhamdulillah, jerawat pun beransur surut dan berjaya dihilangkan. Yeay!




Keduanya, masa menjalani latihan praktikal di sebuah kilang elektronik, muka saya pernah mengalami kemerah-merahan. Beberapa bulan pertama, keadaan muka ni baik-baik saja.


Tapi bila dah nak masuk bulan ke-4, keadaan muka saya mula kemerah-merahan. Terutamanya di pipi. Masa tu saya memang tak pasti apa punca sebenarnya. Malah secara jujurnya, sampai sekarang pun saya masih belum dapat jawapannya. Cuma apa yang saya agak, ia mungkin disebabkan alahan.


Sebab memang ramai kawan-kawan yang menegur dan bertanya mengenainya. Saya cuma senyum jer jawab yang saya pun tak tahu apakah punca sebenarnya. Sebab saya pun pelik. Takde hujan, takde ribut, alih-alih benda ni terjadi. Sabo aje la.


Bila tengok cermin, memanglah risau. Kenapa tetiba saja benda ni berlaku. Setelah dua tiga hari berlalu, saya teringat kembali pada jasa baik si minyak gamat. Kebetulan, kat rumah masa tu stok minyak gamat memang tak pernah putus.


Sekali lagi, setiap malam saya sapukan minyak gamat ke seluruh muka. Tapi, untuk kesan kemerah-merahan di muka ni, ia agak memakan masa. Kira-kira 3 ke 4 minggu barulah kemerahan tu hilang sepenuhnya.


Walaubagaimanapun, saya tetap bersyukur sebab berjaya juga menghilangkan kesan kemerah-merahan tersebut. Alhamdulillah.




Akhir sekali, untuk parut kecil yang masih baru. Nak dijadikan cerita, masa tengah mengemas rumah kemaslah sangatttt, saya mengalami luka di tangan. Tapi masa tu, darah pula keluar tak berhenti-henti.


Oleh sebab minyak gamat memang sentiasa menjadi peneman di rumah, khidmatnya sekali lagi ditagih. Saya bersihkan dulu luka tu dan terus sapu minyak gamat. Beberapa minit kemudian, pengaliran darah yang keluar menjadi perlahan dan seterusnya berhenti.


Beberapa jam lepas tu, baru saya perasaan kesan luka tadi meninggalkan kesan parut. Aduh... Tanpa berlengah, saya sapukan lagi minyak gamat ke bahagian yang berparut. Untuk hari-hari yang berikutnya, saya sapu lagi sebanyak 3 kali sehari. Sampailah kira-kira seminggu.


Sekali saya bersyukur. Parut tu dah sekata dengan warna kulit. Macam tak percaya pula kesan parut tu boleh hilang. Alhamdulillah.


Begitulah serba sikit perkongsian yang dapat saya coretkan buat anda. Mudah-mudahan adik-adik, tuan puan ataupun rakan-rakan yang buntu dengan masalah jerawat, muka kemerah-merahan serta nak hilangkan parut kecil yang masih baru dapat menggunakan minyak gamat untuk mengatasi masalah yang menimpa kulit anda.


Saya doakan anda semua berjaya mengatasinya serta cantik luar dan dalam.






Posted by R2blog. R2blog auto post for blogspot. Download at http://R2blogger.blogspot.com

3 Petua Jika Tangan Terkena Air Panas....

Baru-baru ini, tangan saya terkena air panas yang baru mendidih. Pergh... terus terdiam kejap. Semuanya berlaku semasa nak tuang air panas ke termos. Selama ni, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tapi hari tu, entah mengapa.


Saya pun apa lagi. Terus cari minyak gamat. Memula rasa macam nak ke bilik air. Ambil ubat gigi. Tapi tak jadi. Lepas tu, tunggu apa lagi, terus lumurkan minyak gamat ke seluruh tangan yang kena air panas tadi.




Minyak Gamat




Syukur Alhamdulillah... lega sikit rasanya. Lepas dah kering sikit, saya sapukan lagi. Saya ulangi sehinggalah keadaan tangan saya kembali normal. Mujur tiada perkara buruk lain yang berlaku. Tangan pun dah kembali normal. Alhamdulillah.




Masa kena air panas tu, memang tak sempat nak rujuk memana petua. Apa yang terlintas hanyalah sama ada nak gunakan ubat gigi ataupun minyak gamat. Itu aje. Akhirnya, minyak gamatlah yang jadi pilihan.


Beberapa hari selepas itu, barulah hati saya tergerak nak cari petua lain yang berkaitan. Hasilnya, saya dapati sabun mandi pun boleh digunakan.


Caranya mudah saja. Gosokkan secara perlahan-lahan tangan yang terkena air panas dengan air sabun. Gosoklah sehingga tangan anda tidak terasa panas.


Itu saja. Mudah, kan?


Jadi, seandainya tangan anda terkena air panas, ada 3 benda yang boleh digunakan. Iaitu minyak gamat, ubat gigi dan air sabun.


p.s: Alhamdulillah... tak perlu risau lagi kalau kena air panas.


Posted by R2blog. R2blog auto post for blogspot. Download at http://R2blogger.blogspot.com